Pada hari ini, saya ke Sarawak bersama-sama Ketua Bahagian Multimedia, Encik Jamaluddin Sulong bagi menghadiri Majlis Penangguhan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2007 Peringkat Kebangsaan di Hotel Holiday Inn Kuching, Sarawak. Majlis ini akan disempurnakan oleh Y.A.B. Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 15 November 2007.

Saya pergi ke sana atas kapasiti setiausaha jawatankuasa. Matlamat majlis ini diadakan di Sarawak dengan harapan supaya BBSN pada tahun hadapan diadakan di sana. Ini kerana bentuk program BBSN adalah merakyat supaya sampai kepada khalayak luar daripada Kuala Lumpur.

Mungkin ada orang mempertingkaikan keberkesanan BBSN dalam mengakarumbikan cinta pada bahasa dan sastera negara, tetapi ini adalah salah satu inisiatif tanggungjawab sosial yang tidak menjanjikan sebarang keuntungan. Mahu mengubah perasaan cinta seseorang pada bahasa dan sastera Melayu bukanlah kerja yang mudah. Semoga dalam jangka masa panjang, bahasa Melayu dan sastera Malaysia gemilang pada masa hadapan.

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

selamat menjalankan tugas di sarawak.perjuangan memartabatkan bahasa harus konsisten.cekal.
p/s bawa balik batik sarawak satu yer!ngehehe

Unknown berkata...

Batik Sarawak? Masa buka blog ini, sudah tiba di rumah. Maaflah ya!

Wasunni Al-Kelantani berkata...

anuar..thanks kunjungi blog saya tempoh hari...anta sekarang ni pun apa kurangnya..sudah mempunyai kerjaya yg kukuh dan hebat..Tahniah