Saya bersama Nadmin, Fadliana dan Nor Fadhilah menghadiri rumah Jaafar Abdul Rahim, orang yang banyak memberikan galakan supaya mencintai buku dan ilmu. Tujuannya kerana beliau mengadakan majlis kesyukuran sempena ulang tahun hari lahir yang ke-57. Banyak tetamu yang hadir terutamanya sahabat-sahabatnya dari GPMS.

Majlis bacaan Yasin dipimpin oleh Saudara Ahmad Yaakob, sahabat saya di UIAM yang kini bertugas di GPMS. Semasa membaca Surah Yasin, ada orang meletakkan dua jag air kosong. Lantas saya teringat pada buku Dr. Masaru Emoto, saintis Jepun yang banyak menulis berkenaan kehebatan air.

Katanya di dalam buku The Miracle of Water, "Air fleksibel pada apa-apa yang diucapkan oleh manusia. Sekiranya ucapan positif yang diungkapkan, kualitinya menjadi baik. Sebaliknya, kualiti air teruk sekiranya kata-kata negatif terpacul daripada lidah manusia kepada air itu."

Buktinya, beliau menggunakan beberapa sampel air. Setiap air itu diberikan ucapan yang berlainan, alunan muzik dan label-label dengan perkataan yang tersendiri. Kemudian cawan-cawan itu diletakkan di dalam peti sejuk dengan suhu -25 darjah Celsius atau lebih rendah. Selepas tiga jam, air-air itu dikeluarkan dan menghasilkan pelbagai bentuk yang unik. Setiap butir ais hanya dapat dilihat melalui mikroskop. Sebahagian air itu membentuk kristal yang sangat indah. Namun ada juga air yang tidak membentuk kristal.

Air juga dipengaruhi oleh informasi yang diterima. Emoto ada menjalankan ujikaji dengan menggunakan dua sampel air daripada sumber yang sama. Sampel pertama dilabelkan dengan “Terima kasih”. Manakala sampel kedua diberi label dengan ayat “Kamu bodoh”. Selepas dibekukan, air yang berlabelkan “Terima kasih” membentuk kristal heksagonal yang indah. Sedangkan air dengan label “Kamu bodoh” hanya membentuk pecahan-pecahan kristal.

Dengan terhasilnya penyelidikan saintifik oleh Masaru Emoto berkaitan air ini, ia sekaligus membuktikan keberkesanan rawatan Islam yang dijalankan oleh Dato’ Dr. Haron Din dan kepercayaan orang Melayu yang memberikan anak-anak minum air daripada majlis membaca Surah Yasin.

Tetapi sekiranya anak-anak memang malas belajar, tidak perlulah diberi minum air Yasin dengan harapan supaya lulus cemerlang. Bacalah Basmalah sebelum minum dan makan.

3 komen:

Dewangga Sakti berkata...

Salam hormat buat Anuar,
Hidup Abang Jaafar Rahim (Datuk tu!)
he he

WhiteColdDoor berkata...

assalamualaikumm. saya nak tanya.. begini, adok saya ada masalah ingatan..katanya sia cepat lupa klu menghafal perkataan inggeriss..bolekah saya memberi dia minum air yassin dengan harapan Allah menerangkan hatinyaa??apa nasihat anta??

WhiteColdDoor berkata...

assalamualaikumm. saya nak tanya.. begini, adok saya ada masalah ingatan..katanya sia cepat lupa klu menghafal perkataan inggeriss..bolekah saya memberi dia minum air yassin dengan harapan Allah menerangkan hatinyaa??apa nasihat anta??