Banyak orang tahu Salahudin Ayubi berjaya menakluk kembali bumi Palestin selepas dinodai Kristian selama 80 tahun. Tetapi tidak banyak yang tahu cara Salahudin dan para sahabat serta bala tenteranya melakukannya.

Senjata utama adalah hablum min Allah (hubungan dengan Allah). Salahudin hanya memilih tentera yang mendirikan solat Tahajud bagi berperang dengan tentera Salib. Rata-rata tentera Islam seperti Ar-ruhban fil lail wal fursan fin nahar (rahib pada malam hari dan pahlawan pada siang hari).

Nazar Salahudin semasa berdoa supaya sembuh daripada sakit:
  1. Membunuh Birnis (pahlawan tentera Salib) yang mengganggu jemaah haji dan cuba menyerang Mekah dan Madinah.
  2. Mengajak umat Islam di seluruh negara Islam bersatu menghadapi tentera Salib.
  3. Menawan Baitul Maqdis.
Allah menerima semua nazarnya. Salahudin sembuh daripada sakit sehingga dapat melaksanakan semua nazarnya dengan hebat. Beliau tercatat dalam sejarah sebagai pahlawan Islam terulung.

Beliau wafat semasa usianya 55 tahun pada tahun 1193.