Malam tadi, saya berkesempatan bersama isteri dan enam rakannya menonton teater Natrah di Istana Budaya (IB). Kredit sewajarnya diberikan kepada Nor Hafizah Hasan (staf IB) kerana bersusah payah membelikan tiket dengan harga diskaun.


Saya lihat ada tiga golongan yang datang menonton teater ini:

Pertama, mereka yang mahu melihat Remy Ishak yang popular dengan drama Nur Kasih berlakon dari jarak dekat. Memang fakta pun kenyataan ini kerana semasa sesi memperkenalkan pelakon seusai tamat persembahan, tepukan dan laungan kepada Remy lebih kuat daripada Maya Karin walaupun Maya merupakan Natrah yang menjadi peneraju utama teater ini. Makcik-makcik pun banyak yang beratur mendapatkan tandatangan Remy semasa sesi autograf.

Golongan kedua adalah pengamal undang-undang. Enam rakan isteri saya, yang sudah tentu lulusan undang-undang merupakan kali pertama menjejakkan kaki ke IB hanya semata-mata mahu menonton Natrah. Seorang daripadanya, Dona, majisteret di Pulau Pinang, sanggup turun ke KL untuk teater ini. Malah rakan-rakan lama UIA yang terserempak di IB malam tadi semuanya lulusan undang-undang.

Golongan ketiga adalah peminat teater. Cuma golongan ini tidak ketara kehadirannya kerana biasanya teater terpilih sahaja yang ditontonnya. Natrah antara teater yang menjadi pilihan kaki teater kerana nilai sejarah dan kisah wataknya yang menjadi rujukan bagi setiap kejadian yang berkaitan dengan isu murtad, pengambilan anak, dan konflik undang-undang antarabangsa.

Bagi saya, Erma Fatima berjaya meringkaskan dan "meringankan" kisah hidup Natrah yang memang complicated hanya dalam masa dua jam untuk tontonan umum. Cuma mungkin orang dalam golongan kedua agak kecewa, kerana mereka lebih mengharapkan kes perbicaraan yang menjadi fokus utama penceritaan teater ini. Walau bagaimanapun, Erma lebih memahami kemahuan golongan pertama dan ketiga, lalu kisah ini diringkaskan supaya sekurang-kurangnya rakyat marhaen mengetahui permulaan dan akhiran cerita Natrah ini. Jangan nanti ada pula yang bertanya, "Siapa itu Natrah?"

Memang ada yang menangis semasa babak hakim memutuskan Che Aminah hilang penjagaan ke atas Natrah dan pernikahan Natrah dengan Mansor Adabi tidak sah, yang menyaksikan Adeline dan Hertogh segera merampas Natrah ke Belanda. Cuma saya tidak nampak ada yang menangis apabila Erma memaparkan secara tersirat babak Natrah meninggal dunia dalam Kristian (mungkin murtad).

Itulah akhiran teater ini. Memang agak mengecewakan saya kerana yang dikutip sebahagian penonton dan pelakon adalah hiburan, bukannya mesej. Ada pelakon yang bergembira berjoget seusai teater itu, dan penonton pula "suka ria" dapat menonton teater yang "best" itu. Dalam hati saya, "Apa kau tidak sedar Natrah itu mati dalam Kristian?" yang sepatutnya menguatkan azam kita berjuang membanteras isu murtad yang semakin membarah kini.

Serius tidak puas mengetahui kisah Natrah ini. Keluar sahaja dari Panggung Sari, isteri saya terus ke gerai jualan membeli buku terbitan UTM Press ini, hasil tulisan Fatini Yaacob yang baru sahaja dilancarkan. Mujur ada Encik Khalid Mazlan yang memberikan saya diskaun besar berbanding dengan pembeli lain. Terima kasih Encik Khalid! Kini ada dua penanda buku di dalam buku ini; satu untuk saya, satu lagi untuk isteri.

"Rasanya buku ini perlu diterjemahkan, mungkin ke bahasa Inggeris ataupun bahasa Belanda," bisikan saya kepada Encik Khalid.

20 komen:

daLyaanoon berkata...

Salam tuan, mungkin masing-masing sudah berniat mahukan hiburan. dan saya pasti jika elemen penekanan pasal isu murtad wujud dalam teater ini, tuan pun kempunan mahu tengok teater ini. Atas alasan sensitiviti agama.

Pok Li berkata...

Sudah lama tak ke IB. Apa pun teater masih baru dikalangan orang kita. Ia hanya terdedah kepada penggiat-penggiatnya dan sebahagian yang ada masa untuk menonton di IB atau pertandingan-pertandingan teater disekitar KL atau PJ. Bukan setakat Natrah, isu murtad dikalangan orang Islam pun ramai yang tak tersentuh

Anuar Manshor berkata...

Ustaz Din,
Memang ada babak tentang murtad, tapi olahannya tidak secara terang-terangan.

Pok Li,
Adakalanya teater indie lebih hebat daripada teater yang gah.
Isu murtad, biasanya kita mengambil sikap, " Biarlah orang yang bertauliah yang menguruskan."

hans berkata...

untung nya orang2 dkt situ
den nih nak sangat tgok teater dkt istana budaya tu tapi jauh sangat

ainunL muaiyanah berkata...

aduhai. saya sedang cari masa untuk ke sana dan membeli tiketnya..

resam padi berkata...

Salam Anuar,

Alhamdulillah just got back from watching Natrah tonight...

I have to agree with you....Astagfirullah; Amidst the clapping of hands as the show ended and audience whistling towards their fav actor/ress, the ending was so subtle yet enough to make disturb my heart till now.

Sampai ke saat ini, masih berderu lagi darah mengenangkan babak terakhir Natrah melangkah masuk ke Gereja sambil menundukkan kepalanya... Nauzubillah...

I knew about Natrah since I was twelve. I was honestly hoping for more, perhaps an extension towards the mass trials and some mention of all the letters written to Muslim NGOs & legal bodies around our nation then. Though I find that the self analogue of Aminah, Adeline & Natrah rather justly depicted, I did hope that perhaps it was explain a bit more on how BIG it is MURTAD issues in Islam, and that it is an issue shared within the ummah and tackled together...

It was a good show for common audience perhaps, but I personally wish there was more. Wallahu'alam...

resam padi berkata...

tambahan : http://www.youtube.com/watch?v=2JyNFVdug1U&feature=player_embedded

Anuar Manshor berkata...

Tuan Hans,
Kalau ada masa, boleh sahaja datang tonton persembahan di Istana Budaya. Setiap bulan ada persembahan.

Cik Ainunl,
Tiket Natrahkah? Saya pun tidak pasti ada lagi.

Dr. Syazni,
Begitulah masalah apabila kita menonton teater. Yang saya faham suatu ketika dahulu, orang menonton teater dengan "akal", iaitu perlu berfikir. Namun kini kita menonton dengan "mata", iaitu berhibur semata-mata.

Mohd Nadmin berkata...

salam tuan,
bila keluar teater Natrah ni, teringat waktu zaman matrik UIA bila berlakon dalam "mock trial"..kisah natrah..

Felicia F. Ramzi berkata...

hmm kalau saya for sure nak jumpa maya karinn..lawa orangnya..
dulu pernah nak gi tengok teater kat istana budaya tapi tiket mahallll lah sangat. Untuk student, RM175 and itu pun kena duduk asing dari orang luar..so kwn saya [bukan student] kena la duk pat lain kan..tiket plak 250..huh, kitorang balik je pastu, tak jadi tengok..

Anuar Manshor berkata...

Tuan Nadmin,
Mungkin sebab itu banyak lulusan undang-undang dan pengamal undang-undang yang hadir menonton teater ini.

Cik Felicia,
Apa persembahan itu? Mahalnya! Ada sahaja tiket yang murah, kalau dibeli awal-awallah.

eiffa akmal berkata...

ye..dulu pelajar undang2 pernah melakonkan babak2 di dalam natrah..(tapi semestinya lebih kepada babak penghakiman yg diutamakan. Sewaktu itu saya hanya menjadi 'back crew' sahaja..kalau lah tak sebab kesibukan, teringin saya pergi menjengah teater yang dipuji ramai ini. Amat menyentuh perasaan bila natrah mati dalam Kristian. Saya pun hairan kenapa itu yg org tak nampak. Padahal itulah maksud utama yg perlu dilihat masyarakat. Dila juga bersedih kerana apa relevannya lagu hindustan di tengah cerita? Saya yg mendengarnya pun tak puas hati...

Anuar Manshor berkata...

Cik Sharifah,
Mula-mula mahu juga menyalahkan mereka kerana terlalu lalai dengan hedonisme tanpa memikirkan yang tersirat. Namun setiap orang ada pandangan masing-masing. Sebaiknya kita hormati pandangan mereka.

Sahalfikri berkata...

Nadmin, zaman kita terlibat dalam kisah Natrah di matrik, teater kita setidak2nya memberi kesan yang baik. ramai juga menitiskan airmata (terutamanya perempuan..ngee).

Mungkin para pelajar masih ada kesedaran untuk memikirkan untung nasib umat islam. Tapi kami hanya sempat rakamkan kisah Natrah hingga dipisahkan oleh mahkamah. Perpisahan itu penyebab ramai menangis kerana pelakon pun hebat kot.

Sahalfikri berkata...

Teringin tengok teater ini tapi sedang sibuk. Mm..

Roseriana CA berkata...

ingat lagi saya terjumpa buku ini di library uia...saya khatam baca buku mengenai natrah ni sebanyak 3x rasanya...pada masa itu belum banyak lagi org mengetahui mengenai cerita natrah ini...tp syg buat masa ini saya belum berkesempatan lagi ke IB menonton cerita ini...hari2 pun balik lambat...oh ya..beberapa hari yg lalu sempat berjumpa pengarahnya Erma Fatimah mengenai cadangan Simfoni Tani The Musical..

Anuar Manshor berkata...

Tuan Suhail,
Memang garapan cerita Natrah ini berbeza di tangan pengamal/pelajar undang-undang dengan penggiat teater. Niat kita semua murni, iaitu untuk menyedarkan supaya perkara sedemikian tidak berulang lagi (walaupun sudah banyak berulang kali berlaku).

Cik Camelia,
Sudah tentu yang sudah membaca dapat lebih memahami situasi hidup Natrah, bukan?

NorziatiMR berkata...

Bab dapat diskaun tu janganlah cerita sangat.

Cemburu..huhuu

resam padi berkata...

Selayaknya pada hemah saya, kisah ini bukan utk kita momokkan kenapa natrah dan keluarganya begini dan begitu. Cukup pada saya kita kembalikan aspek akidah natrah kepada Penciptanya. Subjek akhir pokok perbincangan teater natrah ini kembali kepada 'KITA'. Apa yg kita pelajari dan perancgan tindakan susulan yg harus kita lakukan utk jadi' insan-insan hebat' yg membugarkan agama dan bangsa.

remember what our beloved Prop Muhammad(pbuh) said: "man qaala laailaha illa Allah, dakhalal Jannah"-barangsiapa yang menyebut lailaha illa Allah,maka pastinya masuk ke syurga" (aw kama qaal)...itu, pastinya khabar gembira buat kita yang pastinya tidak lepas dari dosa.siapa yang berani-berani mahu melihat neraka..bahangnya saja boleh dirasa beribu tahun jauhnya.

InsyaAllah..mungkin zahirnya saja kita nampak Huberdina Maria Hertogh, tapi batinnya kita doakan dia masih Natrah Maarof;pengajaran buat kehidupan kita semua, wahai teman. Agar nikmat ISLAM ini tidak terlerai dari pegangan kita.

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ