Kami memanggil mudir (pengetua) di sekolah menengah dahulu dengan gelaran Ustaz Haji. Nama sebenarnya Haji Jaafar Mundri (Allahyarham).

Suatu malam, beliau memanggil beberapa pelajar termasuklah saya. Kebetulan pula, pada malam itu saya terasa sangat lapar sehingga sanggup "fly" untuk makan di luar asrama. Sehingga kini saya masih menyesal dengan perbuatan jahat itu. Kawan-kawan yang dipanggil, diberikan pesanan, "Tolong jaga asrama, jaga waktu solat semua pelajar." Keesokan harinya, beliau meninggal dunia tanpa sebarang kegeringan.

Semacam sudah menjadi rutin, semasa hayatnya beliau akan memanggil beberapa pelajar datang ke rumahnya pada setiap malam Jumaat untuk membaca surah Yassin dan bertasbih selawat tunjina dengan menggunakan kacang tanah.

Seusai semua ibadat itu, Ustaz Haji akan menjamu kami semua dengan makanan yang dihidangkan di dalam talam. Apabila makan dengan talam, maka sangat sesuai untuk makan dengan sunah Nabi; dengan tiga jari, duduk bersilang, dan menjilat jari selepas makan. Yang paling penting, makan berempat atau makan berjemaah.

Tidak semestinya makan di dalam talam/dulang dianggap sebagai berjemaah. Maksud makan berjemaah mengikut sunah adalah makan daripada satu sumber secara beramai-ramai.

Ada suatu kisah yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, tetapi sangat baik untuk diambil iktibar. Seorang Yahudi terdengar saranan nabi yang menyatakan kebaikan makan berjemaah. Kemudian Yahudi berkenaan pulang ke rumah dan mengajak isterinya untuk bersama-sama makan dengannya, tetapi isterinya enggan walaupun sudah dipujuk beberapa kali.

Maka dengan nada marah, si suami Yahudi itu meninggikan suara, "Mengapa kamu enggan makan bersamaku? Jawab isterinya, "Saya telah memasukkan racun untuk membunuh abang!" Kesan daripada peristiwa tersebut, Yahudi tersebut memeluk Islam tidak lama kemudian.

Tengah hari tadi, rakan sepejabat mengadakan pot luck atau juadah bawaan berdasarkan Lembar Istilah Bil. 1/2008 terbitan DBP. Adat juadah bawaan, semua digalakkan membawa makanan untuk dinikmati bersama yang lain.

Di Jepun sudah menjadi budaya pekerja di sana untuk menghabiskan masa untuk makan/minum bersama-sama rakan sekerja seusai waktu pejabat. Selain melegakan tekanan kerja, pada waktu santai itulah mereka akan meluahkan setiap rasa tidak puas hati sama ada sesama mereka ataupun kepada organisasi. Luahan rasa hati ini sekurang-kurang melepaskan tekanan perasaan.

Perlu juga sekali sekali diadakan juadah bawaan di pejabat. Selain merasai masakan masing-masing, makan bersama-sama juga dapat juga mengeratkan persahabatan.

Saya bawa buah pisang dan buah semangka sahaja.

13 komen:

~Imm~ berkata...

Buah semangka ek? Tebal sungguh ke'johor'an kamu. Haha.

.: mama cute :. berkata...

amboi bawak buah-buahan aje tak gaduh masak lauk la ek..eekeke.. pandai anak pak manshor ni..kekekke

kami masa kat skola lama slalu gak buat pot luck ni. dan paling bes ada sowang cikgu ni tak reti masak.. dan dia selalu bawak either telur rebus atau ikan goreng.. katanya senang and orang tak bleh komplen kalau tak sedap..ekkekekee..

so, setiap kali pot luck kitaorang msti dah aim ini manusia msti dah cop utk bawak telur rebus atau ikan goreng..ahhahaha...

drbubbles berkata...

Pertama kali mengenal istilah juadah bawaan ini semasa belajar di UK apabila pelajar-pelajar sarjana meminta kami pelajar-pelajar sarjana muda membawa makanan seperti nasi warna (nasi tomato dan menu sewaktu dengannya) dan air botol untuk majlis hari raya bersama pelajar melayu.

Ada satu hamba Allah ini dengan yakinnya membuat nasi warna - dengan menitikkan pewarna merah ke dalam nasi yang hendak direndam semalaman.

Maka keesokkan harinya, nasinya menjadi bahan tawa semua kerana warnanya tersangatlah MERAH!Sampaikan tiada orang berani nak jamah.Hahaha!

Anuar Manshor berkata...

Puan Imm,
Sama sahaja maknanya. Sekadar mahu mempopularkan perkataan itu.

Puan Syahidah,
Ish! Tahu pula cikgu ini. Biasalah. Manalah sempat memasak pada pagi hari sebelum ke pejabat. Ya betul, di pejabat saya pun ada seorang staf dicop akan membawa sardin dan ikan bilis.

Tuan Iskandar,
Banyak kenangan manis semasa makan beramai-ramai. Rasanya itulah antara hikmah kebaikannya:)

FdausAmad berkata...

Gua nak ajak lu dtg mkn kenduri kat blog gua.Folo baca doa skali pun takpa..

Alamanda berkata...

Tahniah, dah nampak ada kesungguhan untuk menjaga mutu bahasa Melayu dalam blog saudara.
Terima kasih juga kerana sudi menggunakan istilah yang digubal oleh Jawatankuasa Istilah DBP.

Anuar Manshor berkata...

Alamanda,
Hakikatnya sejak dahulu pun.

Haniffah Yusoff berkata...

Terima kasih kerana memperkenalkan istilah 'makan berjemaah' dan 'juadah bawaan.'

Telah link posting ini dengan posting:
http://bimbing-smksi.blogspot.com/2009/07/pot-luck.html
Moga murid-murid tingkatan satu dan dua sekolah saya lebih faham apa itu potluck. Harap dapat keizinan.

.: mama cute :. berkata...

nuar.. kami sdang bercadang nak buat potluck kat rumah.. kekkekeke..nnti baju baru sampai bleh la bsnes skali..ekekekkee... mau join kah? sardin pon kami terima..wakakakkak

Anuar Manshor berkata...

Cikgu Haniffah,
Silakan. Saya pun meminjam kata daripada istilah DBP.

Cikgu Syahidah,
Itu potluck atau ala-ala parti tupperware? haha

ainunL muaiyanah berkata...

Mujur bawa buah kan daripada datang berlenggang dan makan sahaja. Pejabat saya belum lagi buat aktiviti potluck. semua asyik sibuk berkursus sahaja

Anuar Manshor berkata...

Cik Ainunl,
Malulah rasanya kalau tak bawa apa-apa 'kan! Anjurkanlah nanti ya!

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ