Saya tiada masalah untuk memperoleh artikel untuk majalah Dewan Kosmik (DK). Kak Norizan (sidang editorial DK) pun banyak memperoleh artikel, biasanya dia dapat artikel dalam kalangan pensyarah yang diperkenalkan oleh penulis (baca: pensyarah) sendiri.

Cuma sejak saya mengendalikan DK pada Disember 2006, ruangan fiksyen sains memang payah diperoleh. Saya merasakan ada dua sebab:
  • Bidang penulisan fiksyen sains jarang diminati oleh penulis kreatif di Malaysia.
  • Saya sendiri tidak melakukan perolehan bidang ini.
Memang dalam penerbitan majalah tidak ada editor/wartawan perolehan.

Di Malaysia, tidak banyak penulis kreatif yang selalu menulis genre fiksyen sains. Ahmad Patria Abdullah dan Faisal Tehrani antara penulis yang sudah mapan dalam genre ini.

Saya pernah bercakap hal ini kepada peserta Minggu Penulisan Remaja semasa mereka datang ke Bahagian Majalah. Perkara yang saya tekankan kepada mereka; sila menulis "lari" daripada kisah-kisah angkasa lepas.

Paling baik, fiksyen sains perlu menceritakan berkenaan pengaruh sains dan teknologi yang diimaginasikan ke dalam masyarakat dan diri seseorang. Bidang sains dan teknologi terlalu luas. Banyak isu bidang ini yang boleh dijadikan cerpen.

Sekiranya berminat, sila e-mel kepada saya.

5 komen:

Samhani berkata...

Hmmm..suka kalau saya boleh tulis fiksyen sains..tapi masalahnya saya akan lebam mata kalau baca cerpen atau novel melainkan novel2 ramlee awang mursyid, faisal tehrani atau habiburrahman yang pantas dan berfakta..tapi kita mesti mencuba sesuatu yang baru..insya Allah

Samhani berkata...

kenapa DK tak wujudkan ruangan saintis Malaysia yang boleh digazetkan sebagai tokoh, sebagai cntoh, saintis2 kita yang banyak menang award di peringkat international dan sebagainya. Boleh menjadi perangsang kepada generasi baru..wallahu a'lam

Unknown berkata...

Puan Samhani,
Cubalah menulis. Sangat dialu-alukan.

Kami akan buat isu fokus berkenaan "tokoh saintis", tetapi kami tidak akan buat ruangan profil saintis untuk setiap bulan. Estidotmy sudah ada, jadi kami melengkapi apa-apa yang tiada dalam majalah lain.

azlishukri berkata...

jangan lupa cerita pasai kapal terbang helios tu.

Unknown berkata...

Tuan Azli,
Aku sedang mencari masa untuk menulis. Sibuk berkursus, kan!