Bunyi nampak menjijikkan, tetapi fakta ini ada benarnya. Dijadikan cerita, sebelum saya membuka e-mel untuk memuat turun artikel Nik Khartina ini, saya mendapat idea untuk cover line semasa "ehem". Kebetulan, buka e-mel dapat pula artikel ini.

Berak mungkin bahasa yang kasar. Biasanya orang menyebut "membuang air besar". Penyahtinjaan adalah istilah sains yang diterjemahkan daripada defecation.

Nik Khartina, bekas wartawan Dewan Kosmik (DK) semasa difrancaiskan kepada Karangkraf antara penulis yang komited menulis dengan DK sejak diambil semula oleh DBP. Beliaulah penulis yang akan berbincang konsep artikel dahulu sebelum menghantar kepada editorial. Yang lain, sudah dikirimkan artikel, baru bertanya "OK" ataupun tidak.

Artikel beliau pada keluaran November 2008 menceritakan situasi Albert Einstein memperoleh idea berkenaan teori E = MC2 semasa sedang penyahtinjaan. Cara ini terus dilakukan Einstein sekiranya mengalami kebutuaan idea. Kaedah ini juga diaplikasikan oleh Al Gore sekiranya beliau mencari idea untuk menyelesaikan masalah.

Kajian sains kaitan penyahtinjaan dengan memperoleh idea diterangkan dengan terperinci dalam tulisan Nik Khartina ini di DK November 2008.

Namun bagi saya (mungkin semua orang), semasa penyahtinjaan memang membuatkan kita banyak menaakul dan memikirkan semula pelbagai keadaan dan peristiwa. Sekiranya di tempat kerja, kita akan memikirkan cara menyelesaikan semua tugasan dengan segera dan efektif. Sekiranya di rumah, mungkin kita akan merancang mahu melakukan sesuatu yang istimewa dalam kehidupan pada hari itu.

Penyahtinjaan itu baik untuk kesihatan. Jangan ditahan-tahan!

13 komen:

Marliza Radzi. berkata...

penyahtinjaan memang kita banyak menaakul - indahnya jadi ayat itu! hahaha.

denanz berkata...

setuju. kekadang, saya dan isteri telah sepakat atau bersetuju tentang sesuatu perkara. tapi masa "ehem", dapat idea / keputusan yang lebih baik. keluar dari bilik air, terus saja lontarkan idea / keputusan itu. hal ini memang berlaku antara kami.

Anuar Manshor berkata...

Puan Am,
Tertinggal "membuatkan" lah. Hendak cepat kerana mahu pulang!:)

Tuan Adnan,
Wah! Sepatutnya kaedah ini diaplikasikan di Parlimen kan!haha

Zalisa Maz @ ZN Isa berkata...

Salam saudara. Waktu 'ehem' mmg banyak ilham kerana waktu itulah satu2nya peluang yang ada untuk termenung panjang tanpa gangguan :D

Anuar Manshor berkata...

Puan Zalisa,
Benar. Itupun kalau bersih tempatnya. Kalau kotor, serabut sahaja.

ZulDeanz berkata...

bagamana kalau ada penyakit buasir en. Anuar?

Anuar Manshor berkata...

Tuan Zul,
Uish!Sudah tentu difikirkan dalam-dalam cara merawatnya. haha

myadlan berkata...

haha.. menarik. memang selalu time kita berseorangan dalam tandas, macam perkara dpt difikirkan.. kedua2 organ, otak dan usus berfungsi dengan cekap sekali..

Anuar Manshor berkata...

Tuan Adlan,
Masa ketika itu amat bernilai.

Khadijah berkata...

Salam nuar..kakdah la ni..

Suami kite slalu beli kosmik ni. dan kami mmg slalu berbincang tentang artikel2 yg agak best untuk dipanjangkan. well done nuar! (tak sangka kwn aku sorg ni dah jd org penting sekarang,hehe)..

untuk artikel bertajuk ni kite kurang setujulah..maaf erk..

1. tandas adalah tempat pembuangan 'najis' dan sewaktu dgnnya. tempat di mana syaitan suka. betul?

2. masa 'berseorangan' untuk mencari ilham atau memikir idea2 yg memberangsangkan bukanlah masa di dalam tempat yg dijadikan tempat 'pembuangan'. pernahkan kita mendapat ilham selepas sembahyang atau semasa bertafakur di atas tikar sembahyang atau selepas sembahyang semasa dalam wudhuk? kite percaya ilham di saat itu lebih 'suci' dan 'asli' daripada tiba2 mendapat ilham di tempat yg kotor. dan tidakkah berkemungkinan idea yg secara tiba2 di dalam tandas itu sebenarnya 'pintasan' daripada syaitan atau mungkin yg sewaktu dgnnya?

3. percayalah, walaupun ilham yg TIBA2 dapat dari dalam tandas 'kelihatan' sangat bernas dan logik namun di akhirnya pasti ada sedikit kepincangan ataupun salah langkah, kita sendiri yg tertipu dan terperangkap dgn idea tersebut. manakala, idea dari tikar sembahyang walaupun kdg2 'nampak' seperti 'tidak nampak' ataupun mcm tak logik mahupun 'mcm kelakar' namun percayalah itulah ilham sebenar dari Allah untuk hambaNya yg sedang memohon.

Sori ek..tak dpt bersetuju dgn artikel ini. Secara saintifiknya juga ada fakta2 tertentu yg masih kita boleh pertikaikan tentang E=MC2 tu. Teori tu amat berguna untuk dunia, tapi org Islam ada akhirat yg perlu ditimbangberatkan. Di akhir zaman ini, kerana teori ini berleluasa dan berkuasa maka, manusia mmg melihat kebendaan (material) lebih dari segala2nya. Kerana inilah juga terjadinya "hubbun duniya".

Ingat, nak menulis juga tentang ni. Tengoklah bila rajin..hehe..U know me..

visit me at http://ija.k4ml.com/

---------

Anuar Manshor berkata...

Puan Khadijah (Kak dah),
Dapatan itu daripada penyelidikan satu pihak. Tidak semestinya tidak betul, dan mungkin memang tidak betul. Kita berhak untuk menerima dan menolak hujah mereka.

Namun kami tetap menerbitkan atas dasar menyampaikan ilmu. Sebagai pembaca bijak seperti Kak Dah, sudah tentu ada hujah lain. Ada juga yang terus bersetuju selagi ia tidak melanggar syariat.

Hujah Kak dah ada benarnya, dan ada juga boleh dipertikaikan.

Bukankah seronok kalau ada budaya perselisihan pendapat di Malaysia. Rasanya budaya itu ada, tetapi tidak ada keterbukaan.

Khadijah berkata...

Itulah yang kite maksudkan..

Tajuk ni memang ada betulnya dalam masa yang sama masih boleh dipertikaikan. Tak boleh diterima bulat2..Dalam dunia ni pun tak semua benda tu betul dan tak semua benda tu salah.

Kritikan di atas hanyalah sekadar 'cetusan' idea agar suatu perkara itu menjadi lebih baik dan masih boleh diperbaiki melalui konsep Islamisasi Ilmu.

Kita kan dah biasa dah dengan berbeza pendapat ni nuar kan.. Harap2nya orang lain taklah salah anggap dengan kenyataan yang berbeza mcmni.. Lagipun kite kan jenis orang yang suka nak pikir lain dari orang lain..hehe..lebih kurang je dgn sape tuh, Puan Fadhilah Ahmad tuh.. 1 geng je kalau nak kritik orang lain..hehe..

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ