Secara faktanya, memang benar.

Di beberapa negara maju, wanita hidup lima sehingga sembilan tahun lebih lama berbanding dengan lelaki. Di Kanada, jangka hayat wanita ialah 81.4 tahun, dan 75.8 tahun lelaki. Di Amerika Syarikat, 79.4 tahun untuk wanita, dan 73.6 tahun untuk lelaki. Pada 1998, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan jangka hayat global ialah 65 tahun untuk 5.8 bilion penduduk dunia.

Saintis menyatakan wanita secara genetik diprogramkan hidup lebih lama supaya dapat membesarkan anak-anak dan cucu mereka. Mungkin hormon seks ada kaitan dengan jangka hayat. Hormon lelaki, iaitu testestron dikaitkan dengan perangai agresif yang menjadikan lelaki berisiko untuk diserang penyakit jantung. Hormon wanita pula, iaitu estrogen dipercayai memelihara mereka daripada penyakit jantung dan strok. Memang banyak kisah serangan jantung berlaku di sekeliling kita melibatkan orang lelaki.

Sekiranya melihat pada fakta ini, dan melihat pada andaian umum, tentu kita menyatakan wanita lebih ramai berbanding dengan lelaki. Namun menurut statistik oleh PBB pada 2000, ada 3049241000 lelaki, dan 3005808000 wanita di dunia. Nisbahnya 101.4 lelaki per 100 wanita. Ini statistik pada tahun 2000. Saya percaya statistik ini banyak berubah pada tahun 2008.

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

apa maksud sebenar perkataan 'raya'? kenapa ia digunakan dalam membina perkataan-perkataan seperti : jalan raya, pasar raya, koridor raya, lebuh raya dan lain-lain lagi...bila diteliti mungkin membawa maksud 'besar'...benarkah begitu?