Lihat di luar tingkap, banyak kereta yang berwarna hitam, merah, biru dan kelabu bukan? Kereta saya berwarna kelabu, Fadhilah; merah, Hisham; hijau, Rozita; hitam, Wanzu; kelabu (sekadar beberapa nama).

Semasa Henry Ford mula-mula mereka Model T pada 1908, dia memaklumkan pembeli boleh mendapatkan kereta itu dalam apa-apa warna, asalkan ada yang berwarna hitam. Kini masa beredar pantas, banyak pilihan warna boleh didapati pada masa kini. Cuma kebelakangan ini kereta berwarna hitam amat diminati berbanding dengan putih kerana ia kelihatan bersih, sederhana dan mudah dicuci (di tempat bercuaca panas, putih tidak menyerap haba). Ini alasan saya semasa Abang Shahrul mahu membeli kereta baharu.

Putih masih tetap menjadi pilihan untuk van dan trak. Warna alam semula jadi seperti sawo matang (pilihan pengguna Gen2), hijau muda (pilihan pengguna MyVi) juga semakin popular. Manakala warna akuarium, perak dan ungu (pilihan pengguna Persona) turut semakin disukai. Orang menyukai perubahan. Warna pula mempunyai kitaran dan populariti.

Faktanya, 60 peratus lelaki, manakala 51 peratus wanita berumur antara 18 sehingga 34 tahun menyatakan warna menjadi faktor penting dalam membuat keputusan membeli kereta.

Kereta ibarat isteri. Pembiayaannya terlalu tinggi...

8 komen:

esyam berkata...

Bukan warna hitam serap haba ker??
apa beza serap cahaya dgn serap haba??

esyam berkata...

pandai jaga kereta, rendah la pembiayaannya..

Unknown berkata...

Esyam,
Saudara betul. Hitam menyerap haba. Terima kasih kerana membetulkan.

Tanpa Nama berkata...

memang betul,

kena simpan duit untuk penyelenggaraan kereta..paling kurang 3 bln sekali kena servis..

kereta aku pula,
untuk bulan ini, kena servis pendingin hawa..pergh, hampir RM800..tukar tayar, 2 biji, dah RM200..
Rm1000 aku habis bln ni..aku termakan dgn pujukan mekanik utk tkr tyr..mmg dah botak pun..

kena ikat perut..dugaan..dugaan..

Unknown berkata...

Nadmin,
Setahun setengah yang lalu, aku menukar timing belt dengan harga RM600. Semalam aku pergi ke bengkel lain (kerana timing belt berbunyi), katanya tukar timing belt hanya RM200. Sabar...

Sebelum raya, aku menyembur cat kereta dengan harga RM1500. Baru-baru ini, bumbung kereta aku sudah mula timbul gelembung karat. Pun aku sabar lagi...

Unknown berkata...

Baru tadi pula aku menghabiskan RM460 untuk overhaul enjin motosikal. Dugaan...dugaan...Aku semakin sabar kerana Allah tetap bersama orang yang bersabar...

Marliza Radzi berkata...

kereta + isteri = pembiayaan terlalu tinggi? hahaha!

masa saya beli kereta, saya tak peduli sangatpun warna. heh.

Unknown berkata...

Am,
Mesti pernah berkata-kata (walaupun dalam hati),"Syoknya kalau dapat Suzuki Swift warna merah." hehe